take me with you ~

Tuesday, March 26, 2013

Tangguh dan Tenang

Hello.. hai.. Assalammualaikum...
waaaaa rindu.. kesian blog aku ni. sorry busy. hiks.
ketika aku menaip entry ni.. sebenarnya masih tiada idea untuk mencoret apa2 cerita. tapi yang pasti aku just nak nampak blog aku berisi semula. bak kata Encek Tunang aku.. "Blog awak dah pengsan ke??" hahaha..
 
Seperti yang sedia maklum.. before this aku pernah announced.. cehh bajet artis plak. yang aku ada "Bride To Be 2013" . yes. betol. jadi. doakan semuanya berjalan lancar ye kengkawan. Mmg skrg busy settle kan semua hal2 itu. xpela kan if survey awal2 and boleh settle kan sikit2 kan.
 
walaupun sebenarnya......
  • Date Majlis Persandingan aku dan dia lambat lagi. kenapa lambat?? aku yg nak lambat.
  • Aku tak tahu nak mulakan dari mana. huhu Alangkah bestnya jika aku punya kakak.
  • Tugas beliau seorang Askar yg bz menyebabkan segala survey2 oleh aku sahaja
  • Paling sedih...Beliau kini dihantar ke LD utk bertugas mempertahankan negara. chewaaahh
  •  
    so.... disebabkan perkara2 berikut lah membantutkan segala urusan aku.huhu. mungkin terlalu awal.. so aku boleh bertenang dulu. Tapi settle awal2 kan bagus kan..huhu tambahan pula dia berada nun jauh di LD.. bertambahlah kepayahan aku nak buat semua benda yang aku dah rancang. sobsss..
     
    Wassalam... PrayforSabah~ semoga semuanya selamat disana syg. (T_T)
     
 


Saturday, December 22, 2012

Bride to Be

Assalammualaikum.
 
Tersipu-sipu malu aku baca title tu.. "Bride to Be" ecececehh... ohh anak pakcik Ajis dah gatai nak kawen. Eh. tak mungkin la ayah aku nak cakap aku gatai. Sebab ayah sebenarnya yang dah tak sabar nak bermenantu.. kata pakcik Ajis kpd anak beliau "time umur ayah da tahap ni. semua kawan ayah dah dukung cucu" ohhh sentap aku.. hiks..
nasib baik ada sang kumbang datang meminang aku 27.10.2012 hari tu..
 
ulang lagi sekali.. "Bride to Be" 2013?.. lambat lagi tahun depan.. haha. kiraannya mcm lagi 2 3 bulan nak masuk ke tahun depan, padahal.. lagi berapa hari je lagi. Oh eM Jieeee...
kita hanya mampu merancang. Allah s.w.t yang menentukan segalanya.. relaks relaks...
kalau Ikin tak kawen 2013... mungkin 2014.. or mungkin 2015... segalanya mungkin.
 
Bila orang tanya.. Bila majlisnya??..bila langsungnya??.. jawapan selamat yang keluar.. "InsyaAllah..nanti saya jemput" "lambat lagi..relaks dulu" rasa mcm nak lambat tapi aku dah sebok booking mcm2.. survey mcm2.. checklist yang semakin menebal. heee semangat ok! (permudahkan lah ya Allah.. kepadaMu ku berserah)
Thanks to Cik Bie :)
*dugaan bertunang yg hebat sudah bermula. huhu.. semoga kami kuat menghadapinya! Ameen..
 

Wassalam.. \(^__^)/ bye..
 


Sunday, December 9, 2012

Gadis sisi Pengantin

Assalammualaikum :)
 
Selesai sudah tugasan aku minggu ni.
seperti yang korang tahu. Jimah dah kawen dan selesai lah tugas aku as Bridesmaid. Tapi baru settle majlis side si Isteri. Side si suami insyaAllah aku lah lagi. tgk la camne nanti.
 
walaupun da pernah jadi Bridesmaid (gadis disisi pengantin) atau Pengapit. tapi sikap kelam kabut aku masih ada.. iye! mcm aku lak pengantin kan. hehe.Banyak kali juga aku tanya kat kwnku Kasmi. (memandangkan dia juga punya pengalaman menjadi Gadis sisi Penganti.). "eh..nanti nk bawa ape? tisu? lagi?.." "eh..nnt ingatkan Ikin ye.." "eh..nnt Ikin nak kena dtg kul bape?" mungkin jgk aku kne dtg lps habis majlis.. hehehe soalan entah pape entah yg aku tanyakan.. mcm before this tak pernah jadi plak. Kalau kat pelamin aku yang berpeluh lebih. Biasa la tu kan.. so satu tisu utk pengantin and satu tisu utk aku. hiksss...
 
 Bukan apa.. kalau kite jadi pengantin pun kita nak pangapit kita peka semua perkarakan. Buatnya kau tertinggal HandBouquet pengantin camne? tak ke hangin pengantin tu nanti. Walaupun bkn salah kau.heee.. Pengantin time tu yg lembut pun bole jadi garang cam rimau rawrrrrrrrr... hehehe..nasib baik Jimah ok je.
 
okay sayangss.... ini saja nak cerita.. nak tengok Rimau Malaya main bola ni... Raawwwwrrrr..

Masa Majlis Nikah

Masa Majlis Persandingan

Selamat Pengantin Baru Kapten Adli & Nur Hazimah

Cantik sangat kau Jimah!!! :)

ohh ya.lupa plak.. ngeehhh.,, Juz a quick note tonite to say thank u all for your Birthday Wishes. I’ve received so many fb, twitter, whatsup and birthday sms that I decided to juz giv everyone a big thank u on here, so THANK YOU! Love u all & again I thank u frm the bottom of my heart.

semoga kalian diberkati Allah s.w.t .................and many, many hugs..... \(^__^)/


and for My Lovely Fiancee.. thanks for the Surprise. Love u more.......
 
Wassalam
 


Tuesday, December 4, 2012

Ohh December :)

Assalammualaikum.
 
sebentar ya nak lap habuk2 kat Blog ni.. ngeee..
lama tak update kan. memang super malas sekarang ni.
 
ohh December datang lagi.
apa yg best??
ok.di bulan yang mulia ini. ada macam2 yg best kot.
1-My Birthday 8 Dec. ada surprise lagi ke tahun ni?? erk.. entah. hehe wait & see.
2- My Ayah Birthday 30 Dec. nak beli ape ek? tolong share idea bole?. hehe
3- My late Mom Birthday 4 Dec.. Al- Fatihah... arghhh rindu nye (T__T) sobs.
4- Wedding Jimah 7 dec!! ohh yeahh da nak kawen dah kau... Bridesmaid?? Yes its me!
 
ok bye. wassalam. :)
 
 
 
 
 
 
 
 


Sunday, November 11, 2012

E-day : Sweet Mini Dais

Assalammualaikum :)
 
Pada mulanya memang tidak ada Mini Dais. Tidak plan + tidak termasuk didalam budget pun. Tapi last minit decide nak ada Mini Dais. Mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan aku terpaksa buat. Bukan utk menunjuk. jangan risau Mini Dais aku tidak lah mengeluarkan kos yang banyak :) sponsor ke?? haha.. Ooopss.. bukan artis pun aku nak di sponsor. hehe.
 
ok Color theme for  Mini Dais aku sendiri yg pilih.. and ada sedikit beberapa susunan yang aku request. Pembantu butik ni datang sendiri ke rumah aku untuk berdiskusi mengenai color theme dan susun atur Mini Dais 1 week before my eday. Mereka pun suka dgn pilihan warna aku + katanya belum ada yg request theme ni lagi..(or mybe ayat org bisnes je kot) kalau ada pun more to theme Baby Blue & Pink or Turqoise & Pink..  Ok. legaaaa.....settle hal Mini Dais.
 
dan.....ini lah hasilnya......
 
Nampak mcm kemas lagi kan...? ni sebelum cik Ekyn duduk.. mmg fresh lg baru siap pasang :)

Sweet  Mini Dais
Color : Tiffany Green & Baby Pink (Pastel)
 
*banyak kali juga tanya kat Bob (Encik Tunang).. "bole x nak buat Mini Dais ni??" and jwpn dia.. "tanya Ayah..if ayah bagi..baru boleh.." hihi..okehhh (^__^)v
 
thanks.... wassalam