take me with you ~

Friday, October 14, 2011

Meaning of colors

Assalammualaikum semua.. heLLOo guys :)

Mesti sape2 yg selalu jumpe aku akan salu nampak aku berbaju pink or bertudung pink or pape je yg ade pink. sampaikan baru tersedar baju utk g keje pun byk pink. so dlm semggu xheranla klu org akan terperasan yg ikin ni mcm xtukar baju je.. haaaa.. asik2 pink.. ok.. sye mengaku mmg sye "pinky gewdik2".. hehe
tapi sbnrnye xde la minat giler pun pink.. juz mata ni mmg dah di set kan dgn kaler gegurl ni..

so nak kongsi maksud disebalik warna bole x?. tapi jgn percaya sgt k..
 just for fun je. (^__^) . semua org mesti ada atleast 1 warna kegemaran kan. Org kata dari warna2 ni dpt memperlihatkan watak sesorg secara umumnye... jom nengok... heee


Putih ·
Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.· Negatif: Boros berbelanja

Kuning·
Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.·
Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah.

Merah ·
Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.·
Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.

Hijau ·
Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.·
Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.

Merah jambu·
Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.·
Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

Coklat·
Positif: Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.·
Negatif: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.

Ungu ·
Positif: Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah.Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.·
Negatif: Sombong dan sedikit emosi.

Hitam ·
Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.·
Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.

Kelabu ·
Positif: Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.·
Negatif: Cengeng dan agak pemalas

Jingga·
Positif: Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.·
Negatif: Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.

Biru ·
Positif: Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.·
Negatif: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersikap angkuh.


3 comments:

  1. http://buyunchan.blogspot.com/2011/11/i-love-this-tag.html akak buat tag ni, pastu paste . saya nak tengok hehehehe

    ReplyDelete
  2. Yun.. alaa kne buat ke tqg tu?.. hihihi nnt la akk wat k :)

    ReplyDelete